Sunday, February 28, 2010

16 gempa bumi kuat gegar Chile, 214 maut


capt.photo_1267270400164-10-0


r1202108830


r188849554


capt.5c199ec354f94e82abbf24941eda9fe1.chile_earthquake_xrc134

lagi gambar gempa bumi Chile

CONCEPCION, Chile: Satu daripada gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 214 orang maut, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun.

Bangunan terbakar, jambatan runtuh dan runtuhan menghalang jalan raya di serata tengah Chile tetapi angka korban awal adalah agak rendah berbanding gempa bumi yang menggegarkan Haiti bulan lalu.

Sebuah bangunan pangsapuri dengan 200 penghuni runtuh di Concepcion, bandaraya paling hampir dengan pusat gempa itu, dan anggota penyelamat tidak pasti beberapa ramai yang terselamat.


Kenderaan yang terbalik berselerakkan di bawah jejambat runtuh di ibu negara Santiago dan bekalan elektrik terputus di serata tempat, menyukarkan usaha menilai tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.

Kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT), menyebabkan orang ramai yang sedang tidur bertempiaran keluar dari rumah masing-masing ke jalan raya sambil berpelukan dan menangis.

Pegawai Chile berkata, bilangan kematian tidak mungkin meningkat secara drastik dan Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGA) piawaian bangunan yang baik membantu mengurangkan kemalangan jiwa.


Ia adalah gempa bumi kelima terkuat sejak 1900 dan menjejaskan ekonomi serta prasarana pengeluar tembaga utama dunia itu. - Reuters


Sumber: Berita Harian Online

Thursday, February 25, 2010

Sunday, February 21, 2010

Awasi Cuaca Panas



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.


Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.


Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air


Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh


·20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.


·25 darjah Celsius - peluh biasa.


·30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.


·40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.


·45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.



Sumber: Berita Harian Online(21/02/2010)

Sunday, February 14, 2010

Soalan Latih Tubi Masa Cuti

Kepada Pelajar-pelajar Tingkatan 3, anda boleh mengisi masa cuti Tahun Baru Cina ini dengan mengulang kaji topik-topik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Di sini saya siarkan soalan-soalan berkaitan Bentuk Muka Bumi yang anda pelajari semasa Tingkatan 1. Sila download dan jawab.

Sekian

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina



Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Guru-Guru dan pelajar-pelajar Cina di seluruh negara khususnya di SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Kepada pelajar-pelajar, gunakan cuti Tahun Baru Cina ini dengan mengulang kaji pelajar.Pelajar-pelajar Tingkatan 3, dapatkan soalan-soalan latih tubi subjek geografi di blog saya ini. Naik cuti kita bincang.

Thursday, February 11, 2010

Taklimat Kerja Kursus Geografi PMR 2010

TAKLIMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010

TARIKH: 12 FEBRUARI 2010

HARI: JUMAAT

TEMPAT: DEWAN JUBLI PERAK

SMK PARIT BUNGA, LEDANG,

JOJOR

MASA: 9.50 PAGI


SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DIMINTA HADIR

Thursday, February 4, 2010

Tugasan 1

Konsep Kitar Semula

Wednesday, February 3, 2010

Kerja Kursus PMR 2010

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dikehendaki membuat kerja kursus ini. Pelajar boleh memilih Tugasan 1 atau Tugasan 2.
Tugasan 1: Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian
Tugasan 2: Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian.

Sila download soalan kerja kursus ini.