Wednesday, March 17, 2010
Monday, March 15, 2010
Kelas Tambahan Cuti Sekolah
Monday, March 8, 2010
Kerja Kursus Geografi PMR 2010
Saya telah bincangkan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Dedikasi dan 3 Ikhlas tentang cara-cara membuat kerja kursus geografi. Antara yang telah dibincangkan ialah
Tajuk
Senarai KandunganPenghargaan
PendahuluanObjektif Kajian
Kawasan KajianKaedah Kajian
Semua pelajar perlu siapkan perkara-perkara di atas sebelum cuti sekolah yang bermula 13 Mac ini. Pada cuti sekolah 13 Mac hingga 21 Mac 2010 pelajar-pelajar hendaklah ke lapangan untuk dapatkan maklumat/data untuk dapatan kajian.Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.
Tuesday, March 2, 2010
Selamat Melayari Blog Saya Dan Muat Turun Plan-J Sekarang
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia
Saya mengucapkan selamat melayari blog buat kali pertama kepada guru-guru yang menghadiri Mensyuarat Pengurusan Panitia Geografi di SMK Ledang, Tangkak, Johor petang tadi. Saya mengharapkan guru-guru sekalian dapat menghebahkan blog saya ini kepada rakan-rakan guru dan juga pelajar-pelajar di sekolah cikgu. Blog ini masih kekurangan maklumat. Walau bagaimanapun, saya cuba sentiasa mengemas kini blog ini dengan maklumat-maklumat geografi yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara bahan yang akan saya muatkan dalam masa terdekat ialah bahan-bahan P&P, soalan-soalan latih tubi, nota-nota, panduan kerja kursus dan modul-modul yang saya bina sendiri mahupun rakan-rakan yang lain.
Seperti yang saya janjikan petang tadi, guru-guru sekalian boleh muat turun Plan-J Tingkatan 1, 2 dan 3 mulai malam ini.