Monday, June 20, 2011

Puting Beliung Melanda Mersing, Johor



Nelayan yang berada di Pengkalan Teluk Buih, Air Papan, Mersing, Johor pada 17 Jun 2011 dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang bermula dari tengah laut berhampiran dengan Pulau Setindan.

Mereka mendakwa putaran angin kencang yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu sampai ke pantai Teluk Buih dalam masa yang singkat sebelum memusnahkan puluhan bot nelayan di pengkalan tersebut.
Kejadian puting beliung itu turut memusnahkan bumbung sebuah gerai makan berhampiran pengkalan berkenaan

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Yang Paling Lama dalam Masa 11 Tahun

Tuesday, June 14, 2011

Modul Geografi Terbaru!

Sunday, June 12, 2011


Wednesday, June 8, 2011

Letusan Gunung Berapi Dirakam Melalui Satelit


SANTIAGO - Imej kepulan debu yang dikeluarkan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile pada Sabtu lalu dapat dilihat dari angkasa lepas.

Kepulan debu itu dirakamkan menerusi satelit Aqua sejurus selepas ia meletus buat kali pertama sejak 1960. Pada 1960, gunung itu meletus akibat gempa bumi kuat berukuran 9.5 Richter di Chile.

Sementara itu, gambar kilat di sekitar gunung itu kelmarin juga dapat dirakamkan oleh jurugambar agensi AgenciaUno yang disiarkan agensi berita AP semalam.

Letusan itu yang masih berterusan kelmarin menyebabkan 4,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berdekatan gunung tersebut. - Agensi