Kedah
Perak
Terengganu
Negeri Sembilan
Kelantan
Pahang
Selangor
MRSM
Perlis
Sabah
Sarawak
Thursday, August 23, 2012
Saturday, August 4, 2012
Pemanasan Global
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa,seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.
Faktor Pemanasan Global
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan iklim dan cuaca seluruh dunia secara sestermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
· Laparan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negative. Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
· Laporan ketiga (2001) berkisar kepada “Menangani Perubahan Iklim”.
· Laporan Penilaian Keempat tentang Perubahan Iklim (2007).
Kajian mendapati 98% punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. Perubahan penggunaan tanah menyumbang 20 peratus pelepasan karbon dioksida.Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Kesan Rumah Hijau
Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang menpunyai suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamanya di dalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula ke angkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan, seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.
Pelepasan Karbon Dioksida
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan, planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun. Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan, untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu. Dunia ada banyak alternative tetapi kita tidak menggunakan secara bijak, berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperyi India dan China tidak setuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Kesan Pemanasan Global
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam billion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli secara berlebihan dan tidak terkawal. Jika pemanasan global berterusan, manusia dan tamadunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Tenaga Alternatif
Tenaga alternative seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari. Justeru, tenaga suria juga merupakan satu sumber yang mencukupi di Malaysia.
Sumber: http://bmg36.blogspot.com