Sunday, December 29, 2013

CD PBS GEOGRAFI 2014

CD ini mesti dimiliki oleh guru mata pelajaran geografi Tingkatan 1, 2,dan 3 Tahun 2014. Di dalam CD ini terdapat bahan pelaksanaan PBS, Modul Instrumen lengkap untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam bentuk aplikasi word yang boleh diedit oleh guru mengikut kesesuaian pelajar. Lebih 500 instrumen boleh digunakan dalam P dan P. Nota tambahan dan latihan juga disediakan.
Siapa nak cd, sila sms atau whatsapp (012-2761545) atau pm  https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com

Thursday, October 31, 2013

CD PBS GEOGRAFI 2014

CD padat dengan bahan PBS Geografi Tingkatan 1, 2, dan 3 tahun  2014.  Siapa nak cd, sila sms (012-2761545) atau pm  https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com




Sunday, September 15, 2013

Dokumen Standard Prestasi PBS Tingkatan 3 2014

muat turun di sini

Thursday, September 5, 2013

Lembaran Kerja PBS Geografi Tingkatan 3 2014

Di dalam modul ini, terdapat instrumen PBS Tingkatan 3 yang akan digunakan oleh guru dalam mentaksir pelajar bagi mata pelajaran geografi berdasarkan Dokumen Standard Prestasi(DSP) terkini pada tahun 2014.

Sunday, June 23, 2013

Fenomena bulan paling dekat ke bumi, Preigee, Supermoon 23 Jun 2013 Malaysia

Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
“Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer. – Bernama

Saturday, June 22, 2013

Bengkel Geografi PMR di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban

Bengkel diadakan pada Sabtu, 15 Jun 2013 di Dewan Dato' Abdul Razak, jam 8.30 - 10.30 malam. Seramai 142 pelajar SDAR yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013 hadir dalam bengkel tersebut. Pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran menjawab soalan peperiksaan geografi PMR.


Saturday, May 25, 2013

Ceramah Smart Geografi PMR 2013

Saya telah beri ceramah kepada pelajar SM Agama Putrajaya sempena  Kem Mumtaz PMR 2013 di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan pada 24 Mei 2013. Ceramah yang diselitkan pelbagai aktiviti dapat membantu pelajar cemerlang dalam subjek geografi PMR 2013 nanti.
Siri ceramah seterusnya ialah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) pada bulan Jun 2013.







Sunday, February 3, 2013

Soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Guru-guru dan pelajar-pelajar boleh muat turun soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 di sini.