Monday, September 28, 2015

Gerhana Bulan Penuh Disaksikan Penduduk Seluruh Dunia Hari Ini

Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit. Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat. Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84974
LOS ANGELES: Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit. Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat. Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti. - Agensi

Tuesday, July 28, 2015

Tahap Kesuburan Wanita Malaysia Menurun

KUALA LUMPUR - Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada 3 anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.
    
Ini berikutan wanita masa kini lebih memberi tumpuan kepada peningkatan kerjaya mereka.
    
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ia adalah isu penting yang mendapat perhatian kementeriannya kerana faktor ini mampu menyekat pertumbuhan penduduk andai tiada langkah diambil untuk menanganinya.
    
"Pemikiran wanita sekarang adalah berbeza berbanding wanita sebelum ini. Mereka kini lebih menitikberat kerjaya, sekali gus mengakibatkan mereka mengabaikan keperluan mendapatkan anak," katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Populasi Asia ke-3 (APA), di sini, semalam.
 
Menurutnya satu lagi punca penurunan kesuburan di kalangan wanita Malaysia adalah mereka lebih memilih bersendirian daripada berkahwin kerana menganggapnya satu halangan untuk meningkatkan kerjaya.
    
Berikutan itu, Rohani berkata kementeriannya sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kesedaran yang masih dianggap rendah ketika ini.
 
"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memberi kesedaran di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai bengkel dan ceramah untuk mendidik wanita akan keperluan meningkatkan tahap kesuburan di negara ini," katanya.
    
Mengenai Persidangan APA, Rohani berkata Malaysia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium (MDGs), yang dibuat pada tahun 2000.
    
"Saya berbesar hari untuk menyatakan kementerian saya sudah mencapai sasaran ICPD-Poa dan MDGs terutama dalam mengurangkan kemiskinan, persamaan gender, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif remaja," katanya.
    
Persidangan empat hari itu disertai 600 peserta dari 40 negara Asia yang melibatkan pembuat dasar dan pakar kesihatan. -Bernama
(Sinar Harian: 28 Julai 2015)

Wednesday, February 11, 2015

Mengatasi Pemanasan Global (Berita Harian 10 Februari 2015)

Friday, January 2, 2015

CD PdP GEOGRAFI 2015

Dapatkan cd yang padat dengan bahan geografi untuk kegunaan guru geografi 2015.

Siapa nak cd, sila sms atau whatapps atau telegram (012-2761545) atau pm https://facebook.com/zulkipli,ismail atau email: cikguzulkom@yahoo.com