Thursday, October 6, 2016

Taufan Chaba mencetus tsunami di Korea


SEOUL – Taufan Chaba membadai bahagian selatan Korea Selatan semalam dengan membawa angin kencang, hujan lebat dan ombak besar mirip tsunami yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.
Ribut berkelajuan 180 kilometer sejam itu kini bergerak ke Pulau Honshu di Jepun.
Taufan Chaba membadai Pulau Jeju semalaman dengan seorang dilaporkan hilang, manakala banyak kediaman dan bangunan rosak. Sebanyak 26 penerbangan yang menghubungkan pulau percutian itu dengan China telah dibatalkan.
Bandar pelabuhan terbesar Korea Selatan, Busan pula ditutup untuk hari kedua semalam ketika Chaba melanda dan bergerak ke arah Jepun.
Media tempatan melaporkan lima orang terbunuh di Busan dan bandar Ulsan, namun Kementerian Keselamatan Awam meletakkan angka kematian kepada tiga orang, manakala tiga yang lain dilaporkan hilang.
Rakaman televisyen menunjukkan banjir besar melanda beberapa kawasan di Ulsan dan Busan dengan banyak kereta serta bangunan digenangi air.
Taufan Chaba turut menyebabkan ombak tsunami yang membadai bangunan-bangunan apartmen tepi pantai di Busan.
Lebih 80 penerbangan di Lapangan Terbang Gimhae telah dibatalkaan, kata seorang pegawai tempatan. Menurutnya, perkhidmatan kereta api laju KTX menuju ke selatan negara itu juga telah dibatalkan.
Chaba dijangka semakin lemah menjadi ribut tropika apabila sampai di Jepun. – AFP

Monday, September 28, 2015

Gerhana Bulan Penuh Disaksikan Penduduk Seluruh Dunia Hari Ini

Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit. Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat. Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84974
LOS ANGELES: Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit. Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat. Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84974
LOS ANGELES: Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit. Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat. Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84974

Tuesday, July 28, 2015

Tahap Kesuburan Wanita Malaysia Menurun

KUALA LUMPUR - Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada 3 anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.
    
Ini berikutan wanita masa kini lebih memberi tumpuan kepada peningkatan kerjaya mereka.
    
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ia adalah isu penting yang mendapat perhatian kementeriannya kerana faktor ini mampu menyekat pertumbuhan penduduk andai tiada langkah diambil untuk menanganinya.
    
"Pemikiran wanita sekarang adalah berbeza berbanding wanita sebelum ini. Mereka kini lebih menitikberat kerjaya, sekali gus mengakibatkan mereka mengabaikan keperluan mendapatkan anak," katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Populasi Asia ke-3 (APA), di sini, semalam.
 
Menurutnya satu lagi punca penurunan kesuburan di kalangan wanita Malaysia adalah mereka lebih memilih bersendirian daripada berkahwin kerana menganggapnya satu halangan untuk meningkatkan kerjaya.
    
Berikutan itu, Rohani berkata kementeriannya sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kesedaran yang masih dianggap rendah ketika ini.
 
"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memberi kesedaran di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai bengkel dan ceramah untuk mendidik wanita akan keperluan meningkatkan tahap kesuburan di negara ini," katanya.
    
Mengenai Persidangan APA, Rohani berkata Malaysia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium (MDGs), yang dibuat pada tahun 2000.
    
"Saya berbesar hari untuk menyatakan kementerian saya sudah mencapai sasaran ICPD-Poa dan MDGs terutama dalam mengurangkan kemiskinan, persamaan gender, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif remaja," katanya.
    
Persidangan empat hari itu disertai 600 peserta dari 40 negara Asia yang melibatkan pembuat dasar dan pakar kesihatan. -Bernama
(Sinar Harian: 28 Julai 2015)

Wednesday, February 11, 2015

Mengatasi Pemanasan Global (Berita Harian 10 Februari 2015)


Friday, January 2, 2015

CD PdP GEOGRAFI 2015

Dapatkan cd yang padat dengan bahan geografi untuk kegunaan guru geografi 2015.

Siapa nak cd, sila sms atau whatapps atau telegram (012-2761545) atau pm https://facebook.com/zulkipli,ismail atau email: cikguzulkom@yahoo.com




Monday, October 6, 2014

El Nino semakin sukar diramal


  
 Malaysia dijangka terselamat daripada dilanda fenomena El Nino dahsyat yang sebelum ini diramalkan oleh Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom melanda rantau Asia Tenggara bermula pertengahan tahun ini.
El Nino ialah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
Fenomena tersebut menyebabkan rantaian perubahan iklim di seluruh dunia. Antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain terjadi kemarau panjang.
Malaysia tidak terkecuali daripada keadaan tersebut. Bagaimanapun, Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan negara ini hanya mengalami fenomena El Nino lemah, dalam erti kata lain ia tidak mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan sehingga penghujung tahun ini.
Kenyataan itu memberitahu, sehingga pertengahan September lalu, kesan El Nino masih pada paras neutral berdasarkan laporan Oceanic NiƱo Indeks (ONI) bagi bulan Julai yang merekodkan purata suhu permukaan laut bagi Jun, Julai dan Ogos ialah 0.0 darjah Celsius.
Sumber: Kosmo

Tuesday, April 1, 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM)

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Geografi Tingkatan 1
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Geografi Tingkatan 2
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Geografi Tingkatan 3

Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Geografi Tingkatan 1,2 dan 3

Saya sedang membina Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Geografi Tingkatan 1,2 dan 3 dengan menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang menggantikan Dokumen Standard Prestasi(DSP) dalam masa terdekat selaras dengan penambahbaikan PBS mulai 1 April 2014.

Pastikan guru-guru sentiasa melihat blog saya ini.

Bahan Penambahbaikan PBS

Guru-guru boleh muat turun bahan penambahbaikan PBS di sini.
Bahan Penambahbaikan PBS

Friday, February 7, 2014

Jawapan Kepada PBSMR 2014

Kepada guru-guru dan ibu bapa yang ingin mengetahui tentang PBSMR 2014, boleh muat turun bahan tersebut di sini.
PBSMR 2014

Monday, February 3, 2014

Terbaru!!!!

Buku terbaru saya. Dapatkan daripada pembekal terdekat.


Friday, January 17, 2014

CD PBS GEOGRAFI 2014


1 CD PBS GEOGRAFI 2014 KANDUNGANNYA SAMA DENGAN 17 BUAH BUKU PBS.
JIKA SEBUAH BUAH BUKU HARGANYA RM 6.00,
BERAPAKAH ANDA BAYAR UNTUK MEMBELI 17 BUAH BUKU? BUKU TIDAK BOLEH DISUNTING, TETAPI CD INI BOLEH DISUNTING KERANA DALAM APLIKASI WORD. TERDAPAT JUGA RPT 2014, BORANG-BORANG BERKAITAN,DAN POWERPOINT PELAKSANAAN PBS.
Siapa nak cd, sila sms atau whatsapp (012-2761545) atau pm https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com

Tuesday, January 7, 2014

CD PBS GEOGRAFI 2014

CD ini dapat menbantu guru-guru geogarfi Tingkatan 1, 2 dan 3 melaksanakan PBS terutamanya yang tidak ada bahan kursus penyebaran PBS. Antara kandungannya:

  • Instrumen PBS Tingkatan 1, 2 dan 3
  • Rancangan Pelajaran Tahunan Tingkatan 1,2 dan 3 tahun 2014 dengan kod eviden PBS
  • Borang-borang seperti rekod transit dan senarai semak.
  • Bahan Umum Pelaksanaan PBS
Siapa nak cd, sila sms atau whatsapp (012-2761545) atau pm https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com

Friday, January 3, 2014

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2014 (RPT) 2014 DALAM CD PBS GEOGRAFI

Dapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan Subjek Geografi 2014 dalam CD PBS Geografi 2014

Sunday, December 29, 2013

CD PBS GEOGRAFI 2014

CD ini mesti dimiliki oleh guru mata pelajaran geografi Tingkatan 1, 2,dan 3 Tahun 2014. Di dalam CD ini terdapat bahan pelaksanaan PBS, Modul Instrumen lengkap untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam bentuk aplikasi word yang boleh diedit oleh guru mengikut kesesuaian pelajar. Lebih 500 instrumen boleh digunakan dalam P dan P. Nota tambahan dan latihan juga disediakan.
Siapa nak cd, sila sms atau whatsapp (012-2761545) atau pm  https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com

Thursday, October 31, 2013

CD PBS GEOGRAFI 2014

CD padat dengan bahan PBS Geografi Tingkatan 1, 2, dan 3 tahun  2014.  Siapa nak cd, sila sms (012-2761545) atau pm  https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com




Sunday, September 15, 2013

Dokumen Standard Prestasi PBS Tingkatan 3 2014

muat turun di sini

Thursday, September 5, 2013

Lembaran Kerja PBS Geografi Tingkatan 3 2014

Di dalam modul ini, terdapat instrumen PBS Tingkatan 3 yang akan digunakan oleh guru dalam mentaksir pelajar bagi mata pelajaran geografi berdasarkan Dokumen Standard Prestasi(DSP) terkini pada tahun 2014.

Sunday, June 23, 2013

Fenomena bulan paling dekat ke bumi, Preigee, Supermoon 23 Jun 2013 Malaysia

Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
“Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer. – Bernama

Saturday, June 22, 2013

Bengkel Geografi PMR di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban

Bengkel diadakan pada Sabtu, 15 Jun 2013 di Dewan Dato' Abdul Razak, jam 8.30 - 10.30 malam. Seramai 142 pelajar SDAR yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013 hadir dalam bengkel tersebut. Pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran menjawab soalan peperiksaan geografi PMR.