Saturday, May 25, 2013

Ceramah Smart Geografi PMR 2013

Saya telah beri ceramah kepada pelajar SM Agama Putrajaya sempena  Kem Mumtaz PMR 2013 di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan pada 24 Mei 2013. Ceramah yang diselitkan pelbagai aktiviti dapat membantu pelajar cemerlang dalam subjek geografi PMR 2013 nanti.
Siri ceramah seterusnya ialah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) pada bulan Jun 2013.







Sunday, February 3, 2013

Soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Guru-guru dan pelajar-pelajar boleh muat turun soalan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 di sini.

Friday, December 7, 2012

Gambar Bumi Pada Waktu Malam


PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.



SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi

Tuesday, November 6, 2012

Buku Lembaran Kerja PBS Tingkatan 1

Buku terbaru saya tentang PBS Geografi Tingkatan 1. Dapatkan daripada pengedar Pearson/Longman  di tempat anda.


Friday, November 2, 2012

Taklimat Penataraan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 2

Taklimat Penataraan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 2  Daerah Muar bagi mata pelajaran geografi  pada 31 Oktober hingga 2 November 2012 di SMK Seri Menanti,Muar, Johor.