CD ini mesti dimiliki oleh guru mata pelajaran geografi Tingkatan 1, 2,dan 3 Tahun 2014. Di dalam CD ini terdapat bahan pelaksanaan PBS, Modul Instrumen lengkap untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 dalam bentuk aplikasi word yang boleh diedit oleh guru mengikut kesesuaian pelajar. Lebih 500 instrumen boleh digunakan dalam P dan P. Nota tambahan dan latihan juga disediakan.
Siapa nak cd, sila sms atau whatsapp (012-2761545) atau pm https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com
Sunday, December 29, 2013
Thursday, October 31, 2013
CD PBS GEOGRAFI 2014
CD padat dengan bahan PBS Geografi Tingkatan 1, 2, dan 3 tahun 2014. Siapa nak cd, sila sms (012-2761545) atau pm https://www.facebook.com/zulkipli.ismail atau e-mail cikguzulkom@yahoo.com
Sunday, September 15, 2013
Thursday, September 5, 2013
Lembaran Kerja PBS Geografi Tingkatan 3 2014
Di dalam modul ini, terdapat instrumen PBS Tingkatan 3 yang akan digunakan oleh guru dalam mentaksir pelajar bagi mata pelajaran geografi berdasarkan Dokumen Standard Prestasi(DSP) terkini pada tahun 2014.
Sunday, June 23, 2013
Fenomena bulan paling dekat ke bumi, Preigee, Supermoon 23 Jun 2013 Malaysia
Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
“Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer,” katanya.
Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer. – Bernama




