Wednesday, December 22, 2010

Penduduk Malaysia 27.56 juta orang

PUTRAJAYA 22 Dis. - Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.

Ia terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus.

Semasa tempoh bancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Laporan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini. -

Sumber :Utusan Online

Thursday, December 16, 2010

Planet baru ditemui penyelidik Qatar

img2LAKARAN artis menunjukkan planet Qatar-1b.



DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.

Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.

Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.

Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.

"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.

Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.

Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. – AFP

Sumber: Kosmo Online 16 Dis 2010

Wednesday, December 15, 2010

Cuaca Sejuk Di Chicago Bekukan Pokok, Rumput

img1

CHICAGO: Angin kencang dengan kelajuan 64.4 kilometer menyebabkan ombak membadai pantai dan suhu di bawah takat beku menyebabkan ais membeku (gambar) pada pokok dan rumput di sekeliling tasik di Chicago, Illinois, kelmarin.

Salji, suhu terlampau sejuk dan angin kencang menyebabkan pembatalan lebih 1,500 penerbangan di lapangan terbang bandar dan mencetuskan huru hara di bahagian barat tengah Amerika Syarikat.

Suhu amat sejuk sepatutnya berakhir sehingga hujung minggu ini dengan ribut dijangka tiba di kawasan barat tengah Khamis lalu, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional. Salji menghala ke timur dengan amaran cuaca buruk dikeluarkan di Indiana, Ohio, Kentucky, Tennessee, Virginia Barat, timur Pennsylvania, barat New York dan Vermont.

Salji menebal di Pittsburgh dan Cleveland mungkin menerima 20 sentimeter salji ketika cuaca terus sejuk.

Kesan salji di Great Lakes menyebabkan salji menebal sehingga 60.96 sentimeter di utara Indiana, Ohio, barat Pennsylvania dan barat New York.

Beliau berkata Indianapolis, Cleveland, dan Pittsburgh mengalami salji yang cukup untuk mencetuskan masalah pengangkutan. – AFP

Berita Harian Online: 15 Dis 2010

Saturday, December 11, 2010

Sampah di Kuala Lumpur membimbangkan - Dr. M

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Sebanyak tujuh juta tan sampah dihasilkan oleh penduduk di kawasan pembangunan Greater Kuala Lumpur (Greater KL) yang dianggarkan berjumlah 5.5 juta orang setiap tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada 34,310,000 tan sampah yang dihasilkan keseluruhan rakyat di negara ini pada jangkamasa sama.

Menurut beliau, jumlah itu amat membimbangkan kerana negara memerlukan kawasan yang luas untuk pelupusan sampah.

''Apa yang boleh kita lakukan dengan tujuh juta tan sampah itu? Sudah tentu kita boleh buangkan sahaja ke tepi jalan atau longkang dan sungai.

''Namun, ia akan mengakibatkan longkang dan sungai dipenuhi sampah serta tersumbat yang seterusnya menyebabkan banjir.

''Atau juga kita boleh bakar sahaja sampah di belakang rumah. Jika sebuah rumah berbuat demikian mungkin ia okey. Tetapi bagaimana kalau setiap orang di Kuala Lumpur melakukannya? Bukan sahaja jerebu malah ia akan mencemarkan alam sekitar,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan insinerator untuk pelupusan sampah mungkin menjadi jalan penyelesaian.

Sungguhpun begitu, jelasnya, tidak ada kalangan kita yang mahu insinerator dibina di kawasan berhampiran masing-masing.

''Untuk itu, kita perlu mencari kawasan yang tidak didiami oleh sesiapa bagi membinanya. Namun, jika diperhatikan di kawasan sekitar pembangunan Greater KL, sudah pasti kita tidak akan dapat mencari sebidang tanah yang sesuai untuk dibina insinerator.

''Jika ada, sudah tentu ia agak jauh dan akan meningkatkan kos pengangkutan yang diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),'' ujarnya.

Beliau seterusnya mencadangkan agar mereka yang menghasilkan sampah dikenakan bayaran tertentu.

''Tetapi, saya tidak fikir setiap daripada kita bersetuju dengan cadangan itu.

''Inilah dilema yang dihadapi oleh pihak berkuasa yang saya utarakan dalam blog supaya masyarakat dapat memikirkan jalan penyelesaian bersama,'' tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Thursday, November 18, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Gunung Merapi dijangka meletus





GUNUNG MERAPI, Indonesia 25 Okt. – Kerajaan Indonesia hari ini memberi amaran gunung berapi paling aktif, Gunung Merapi akan meletus pada bila-bila masa dan mengarahkan beribu-ribu penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung itu supaya bersiap-sedia untuk berpindah.

Ahli vulkanologi, Surono berkata, aktiviti Gunung Merapi dilihat aktif sejak seminggu lalu dan pihak berkuasa meningkatkan status gunung berapi yang berketinggian 2,968 meter itu kepada tahap paling kritikal.

Gunung berapi tersebut kali terakhir meletus pada 2006 apabila ia menghamburkan gas dan serpihan batu mengakibatkan dua orang terkorban.

Kejadian yang serupa berlaku pada 1994 mengakibatkan 60 orang maut sementara 1,300 orang terkorban pada letusan pada 1930.

“Pihak berkuasa meramalkan jika ia meletus, magma akan mengalir ke sebelah selatan,” kata ketua daerah Sleman di Pulau Jawa, Sri Purnomo di mana Gunung Merapi itu terletak.

Katanya, pihak berkuasa memberi amaran kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal di selatan lereng gunung itu agar bersedia untuk ‘pemindahan segera’.

Kira-kira 40,000 penduduk tinggal berhampiran gunung itu.

Sri Purnomo berkata, khemah-khemah untuk penduduk yang dipindahkan telah didirikan di bangunan-bangunan kerajaan dan beberapa padang sukan lebih 10 kilometer dari sini.

Penduduk sebelum ini enggan meninggalkan rumah dan tanaman mereka.

Saksi berkata, kebanyakan penduduk dilihat masih mengusahakan ladang dan memberi makan kepada lembu-lembu mereka hari ini.

Terdapat 129 gunung berapi yang aktif bertaburan merentasi 17,500 buah pulau di republik ini dan mudah meletus serta dilanda gempa bumi kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. – AP

Sumber: Utusan Online

Thursday, October 21, 2010

Jerebu Melanda Negara Lagi

Jerebu: TPM nasihat sekolah ditutup sementara

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lepas bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

Thursday, September 16, 2010

Soalan Percubaan PMR 2010

Guru-guru dan calon-calon PMR 2010 yang hendak soalan tersebut, sila lihat Koleksi Soalan Geografi dalam blog saya ini. Semoga soalan-soalan ini dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan PMR 2010 yang bermula pada 5 Oktober 2010 ini.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53

Thursday, August 12, 2010

Soalan Percubaan PMR 2010

Beberapa buah negeri telahpun selesai mengadakan Peperiksaan Percubaan PMR 2010. Saya akan cuba dapatkan soalan-soalan percubaan tersebut dan dimuatkan di dalam blog saya ini. Pastikan ada mengakses blog saya ini setiap hari supaya tidak ketinggalan.

Wednesday, June 23, 2010

Gerhana Bulan separa Sabtu ini

Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang.

“Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam,” tambah kenyataan itu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

“ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2010

Kepada semua pelajar,
Cuti sekolah tiba lagi. Cuti kali ini 2 minggu bermula 5 Jun - 20 Jun 2010. Manfaat cuti dengan sebaik mungkin. Sila hadir kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Ulang kaji topik-topik yang telah dipelajar. Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM, peperiksaan semakin hampir. Manfaatkan cuti sekolah ini. Selamat Bercuti....

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu 2010

Sunday, April 25, 2010

Jakarta, 115 pulau Indonesia mungkin tenggelam

JAKARTA: Perubahan iklim global mungkin menyebabkan kota Jakarta dan 115 pulau lain di Indonesia tenggelam, manakala wilayah Kalimantan dianggap paling selamat jika ibu negara republik itu terpaksa dipindahkan.

Wakil Ketua Pengarah Dewan Nasional Perubahan Iklim Indonesia, Dr Armi Susandi, berkata kenaikan paras air laut akibat perubahan iklim boleh menenggelamkan wilayah pesisir negara itu, termasuk Jakarta, jika tiada usaha serius menanganinya.

“Cadangan untuk memindahkan ibu negara Indonesia ke Kalimantan adalah satu syor baik. Tahun 2030 masa paling sesuai untuk memindahkannya berikutan potensi bahaya yang lebih rendah. Jakarta terlalu padat dengan penduduk dan sering tercemar,” katanya ketika ditemui wartawan. Armi yang juga dekan Fakulti Ilmu dan Teknologi Bumi Institut Teknologi Bandung (ITB) berkata, kajian dijalankan pihaknya menunjukkan 115 pulau di Indonesia dan bahagian utara pulau Jawa akan tenggelam menjelang 2100.

Beliau berkata pada 2010, paras air laut di Indonesia dianggarkan meningkat 0.4 meter dan setakat ini negara itu sudah kehilangan kawasan seluas 7,408 kilometer persegi.

“Menjelang 2100 sebanyak 90,260 kilometer persegi wilayah daratan Indonesia akan hilang, manakala paras air laut dijangka naik 1.1 meter,” katanya.

Beliau berkata kesan bencana alam di Kalimantan lebih rendah berbanding pulau Jawa berikutan kenaikan paras laut lebih rendah. Berikutan itu ia lebih sesuai sebagai tapak baru ibu negara Indonesia.
“Kalimantan mempunyai beberapa kelebihan. Ia tiada gunung berapi dan bukan tempat pertemuan plet tektonik,” katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi Fakulti Ekonomi Universiti Indonesia Tezza Napitulu berkata kajian mendalam perlu dilakukan, manakala pemindahan itu perlu dilakukan seiring dengan pengendalian dan pengurusan wilayah Kalimantan.

“Saya bersetuju jika ibu negara Indonesia dipindahkan ke Kalimantan, tetapi ia bukan penyelesaian semua masalah. Kerajaan perlu menjalankan kajian lebih terperinci mengenai perkara ini,” katanya. – Agensi

Sumber: Berita Harian(24/4/2010)

Thursday, April 8, 2010

Contoh Dapatan Kajian KGT 2010

Dapatan Kajian

Wednesday, March 17, 2010

Contoh Borang Soal Selidik

Monday, March 15, 2010

Kelas Tambahan Cuti Sekolah

Semua pelajar Tingkatan 3 diminta hadir ke Kelas Tambahan bagi mata pelajaran geografi pada 17 Mac 2010. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Sila rujuk senarai nama dan tempat kelas tambahan di papan kenyataan di luar Bilik Geografi.

Monday, March 8, 2010

Kerja Kursus Geografi PMR 2010

Saya telah bincangkan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Dedikasi dan 3 Ikhlas tentang cara-cara membuat kerja kursus geografi. Antara yang telah dibincangkan ialah

Tajuk

Senarai Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Semua pelajar perlu siapkan perkara-perkara di atas sebelum cuti sekolah yang bermula 13 Mac ini. Pada cuti sekolah 13 Mac hingga 21 Mac 2010 pelajar-pelajar hendaklah ke lapangan untuk dapatkan maklumat/data untuk dapatan kajian.

Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 2, 2010

Selamat Melayari Blog Saya Dan Muat Turun Plan-J Sekarang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia


Saya mengucapkan selamat melayari blog buat kali pertama kepada guru-guru yang menghadiri Mensyuarat Pengurusan Panitia Geografi di SMK Ledang, Tangkak, Johor petang tadi. Saya mengharapkan guru-guru sekalian dapat menghebahkan blog saya ini kepada rakan-rakan guru dan juga pelajar-pelajar di sekolah cikgu. Blog ini masih kekurangan maklumat. Walau bagaimanapun, saya cuba sentiasa mengemas kini blog ini dengan maklumat-maklumat geografi yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara bahan yang akan saya muatkan dalam masa terdekat ialah bahan-bahan P&P, soalan-soalan latih tubi, nota-nota, panduan kerja kursus dan modul-modul yang saya bina sendiri mahupun rakan-rakan yang lain.


Seperti yang saya janjikan petang tadi, guru-guru sekalian boleh muat turun Plan-J Tingkatan 1, 2 dan 3 mulai malam ini.


Plan-J Tingkatan 1


Plan-J Tingkatan 2


Plan-J Tingkatan 3

Mesyuarat Pengurusan Panitia Geografi Daerah Muar/Ledang, 1/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 2 Mac 2010 jam 2.30 petang di SMK Ledang, Tangkak, Johor. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Ketua Panitia dan Guru Cemerlang Daerah Muar/Ledang, Johor. Antara yang dibincangkan ialah pemilihan AJK 2010, analisis keputusan PMR 2009 dan SPM 2008. Mesyuarat juga telah membincangkan aktiviti-aktiviti Tahun 2010. Antaranya ialah bengkel kerja kursus geografi PMR, kursus penandaan kertas geografi SPM, kuiz geografi, penggubalan soalan setengah tahun dan akhir tahun.

Sunday, February 28, 2010

16 gempa bumi kuat gegar Chile, 214 maut


capt.photo_1267270400164-10-0


r1202108830


r188849554


capt.5c199ec354f94e82abbf24941eda9fe1.chile_earthquake_xrc134

lagi gambar gempa bumi Chile

CONCEPCION, Chile: Satu daripada gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 214 orang maut, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun.

Bangunan terbakar, jambatan runtuh dan runtuhan menghalang jalan raya di serata tengah Chile tetapi angka korban awal adalah agak rendah berbanding gempa bumi yang menggegarkan Haiti bulan lalu.

Sebuah bangunan pangsapuri dengan 200 penghuni runtuh di Concepcion, bandaraya paling hampir dengan pusat gempa itu, dan anggota penyelamat tidak pasti beberapa ramai yang terselamat.


Kenderaan yang terbalik berselerakkan di bawah jejambat runtuh di ibu negara Santiago dan bekalan elektrik terputus di serata tempat, menyukarkan usaha menilai tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.

Kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT), menyebabkan orang ramai yang sedang tidur bertempiaran keluar dari rumah masing-masing ke jalan raya sambil berpelukan dan menangis.

Pegawai Chile berkata, bilangan kematian tidak mungkin meningkat secara drastik dan Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGA) piawaian bangunan yang baik membantu mengurangkan kemalangan jiwa.


Ia adalah gempa bumi kelima terkuat sejak 1900 dan menjejaskan ekonomi serta prasarana pengeluar tembaga utama dunia itu. - Reuters


Sumber: Berita Harian Online

Thursday, February 25, 2010

Sunday, February 21, 2010

Awasi Cuaca Panas



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.


Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.


Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air


Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh


·20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.


·25 darjah Celsius - peluh biasa.


·30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.


·40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.


·45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.



Sumber: Berita Harian Online(21/02/2010)

Sunday, February 14, 2010

Soalan Latih Tubi Masa Cuti

Kepada Pelajar-pelajar Tingkatan 3, anda boleh mengisi masa cuti Tahun Baru Cina ini dengan mengulang kaji topik-topik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Di sini saya siarkan soalan-soalan berkaitan Bentuk Muka Bumi yang anda pelajari semasa Tingkatan 1. Sila download dan jawab.

Sekian

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina



Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Guru-Guru dan pelajar-pelajar Cina di seluruh negara khususnya di SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Kepada pelajar-pelajar, gunakan cuti Tahun Baru Cina ini dengan mengulang kaji pelajar.Pelajar-pelajar Tingkatan 3, dapatkan soalan-soalan latih tubi subjek geografi di blog saya ini. Naik cuti kita bincang.

Thursday, February 11, 2010

Taklimat Kerja Kursus Geografi PMR 2010

TAKLIMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010

TARIKH: 12 FEBRUARI 2010

HARI: JUMAAT

TEMPAT: DEWAN JUBLI PERAK

SMK PARIT BUNGA, LEDANG,

JOJOR

MASA: 9.50 PAGI


SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DIMINTA HADIR

Thursday, February 4, 2010

Tugasan 1

Konsep Kitar Semula

Wednesday, February 3, 2010

Kerja Kursus PMR 2010

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dikehendaki membuat kerja kursus ini. Pelajar boleh memilih Tugasan 1 atau Tugasan 2.
Tugasan 1: Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian
Tugasan 2: Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian.

Sila download soalan kerja kursus ini.

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor


Wednesday, January 13, 2010

Gempa Bumi 7.0 pada skala Richter di Haiti


PORT-AU-PRINCE, Haiti 13 Jan. - Satu gempa bumi kuat menggoncangkan ibu negara Haiti semalam, meranapkan banyak bangunan dan dikhuatiri mengorbankan beribu-ribu nyawa.
Istana Kebangsaan dan ibu pejabat pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah antara bangunan utama yang musnah dalam gempa itu.
Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner memberitahu radio RTL bahawa Ketua Pengawal Keamanan PBB di Haiti, Hedi Annabi dipercayai turut terbunuh dalam bencana itu.
Sementara itu, Brazil melaporkan empat anggota tentera PBB terbunuh dan lima rakyatnya cedera dalam kejadian gempa tersebut.
Gempa sekuat 7 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 4.53 petang semalam (pukul 5.53 pagi tadi waktu Malaysia), berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer.
Mayat mangsa yang terkorban dan cedera bergelimpangan di atas jalan-jalan raya dengan berpuluh-puluh gegaran susulan terus berlaku di negara pesisiran Laut Caribbean ini.
Wartawan Associated Press yang berada di Port-au-Prince berkata, kerosakan akibat gempa bumi paling kuat pernah melanda Haiti sejak lebih 200 tahun lalu itu sangat mengerikan, walaupun negara ini sering berhadapan dengan tragedi dan bencana.
Wanita-wanita diselaputi debu merangkak keluar dari celah runtuhan sambil menjerit meminta tolong ketika ramai penduduk lain bertempiaran di jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Beribu-ribu orang berkumpul di dataran awam pada waktu malam mengadakan upacara berdoa dan ramai mangsa cedera masih berada di jalan-jalan raya awal pagi ini, merayu mereka diberi rawatan.
Ketiadaan perkhidmatan kecemasan tidak memberi banyak pilihan kepada mangsa yang terselamat.
Beribu-ribu bangunan musnah dan runtuh di seluruh bandar besar ini dan udaranya penuh dengan debu runtuhan selama beberapa jam.
Kesan kemusnahan masih belum diketahui dan jumlah korban juga sukar dibuat, namun berpuluh-puluh ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kebanyakan bangunan di Haiti tidak kukuh dan bahaya diduduki.
"Hospital yang ada tidak dapat menampung jumlah mangsa yang ramai cedera. Haiti perlu berdoa. Kita semua perlu berdoa bersama-sama," kata seorang doktor dan bekas Senator, Louis-Gerrard Gilles ketika membantu mangsa gempa.
Di sebuah runtuhan bangunan apartmen empat tingkat, seorang remaja berusia 16 tahun berdiri di atas sebuah kereta, cuba mengintai ke dalam runtuhan ketika sekumpulan lelaki menarik kaki yang tersembul untuk mengeluarkannya.
Pengaman PBB, kebanyakannya dari Brazil, cuba menyelamatkan mangsa yang masih hidup di celah runtuhan ibu pejabat setinggi lima tingkat itu, namun ketua pasukan, Alain Le Roy berkata, setakat malam tadi tiada sesiapa berjaya dikeluarkan.
Kira-kira 9,000 pengaman berada di Haiti sejak berlaku pemberontakan menggulingkan Presidennya pada 2004.
Istana Kebangsaan juga ranap, namun duta Haiti ke Mexico, Robert Manuel menyatakan Presiden Rene Preval dan isteri beliau terselamat. - AP

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tuesday, January 12, 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Gerhana Matahari

Monday, January 4, 2010

Selamat Menempuhi Alam Persekolahan 2010