Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor


Wednesday, January 13, 2010

Gempa Bumi 7.0 pada skala Richter di Haiti


PORT-AU-PRINCE, Haiti 13 Jan. - Satu gempa bumi kuat menggoncangkan ibu negara Haiti semalam, meranapkan banyak bangunan dan dikhuatiri mengorbankan beribu-ribu nyawa.
Istana Kebangsaan dan ibu pejabat pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah antara bangunan utama yang musnah dalam gempa itu.
Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner memberitahu radio RTL bahawa Ketua Pengawal Keamanan PBB di Haiti, Hedi Annabi dipercayai turut terbunuh dalam bencana itu.
Sementara itu, Brazil melaporkan empat anggota tentera PBB terbunuh dan lima rakyatnya cedera dalam kejadian gempa tersebut.
Gempa sekuat 7 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 4.53 petang semalam (pukul 5.53 pagi tadi waktu Malaysia), berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer.
Mayat mangsa yang terkorban dan cedera bergelimpangan di atas jalan-jalan raya dengan berpuluh-puluh gegaran susulan terus berlaku di negara pesisiran Laut Caribbean ini.
Wartawan Associated Press yang berada di Port-au-Prince berkata, kerosakan akibat gempa bumi paling kuat pernah melanda Haiti sejak lebih 200 tahun lalu itu sangat mengerikan, walaupun negara ini sering berhadapan dengan tragedi dan bencana.
Wanita-wanita diselaputi debu merangkak keluar dari celah runtuhan sambil menjerit meminta tolong ketika ramai penduduk lain bertempiaran di jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Beribu-ribu orang berkumpul di dataran awam pada waktu malam mengadakan upacara berdoa dan ramai mangsa cedera masih berada di jalan-jalan raya awal pagi ini, merayu mereka diberi rawatan.
Ketiadaan perkhidmatan kecemasan tidak memberi banyak pilihan kepada mangsa yang terselamat.
Beribu-ribu bangunan musnah dan runtuh di seluruh bandar besar ini dan udaranya penuh dengan debu runtuhan selama beberapa jam.
Kesan kemusnahan masih belum diketahui dan jumlah korban juga sukar dibuat, namun berpuluh-puluh ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kebanyakan bangunan di Haiti tidak kukuh dan bahaya diduduki.
"Hospital yang ada tidak dapat menampung jumlah mangsa yang ramai cedera. Haiti perlu berdoa. Kita semua perlu berdoa bersama-sama," kata seorang doktor dan bekas Senator, Louis-Gerrard Gilles ketika membantu mangsa gempa.
Di sebuah runtuhan bangunan apartmen empat tingkat, seorang remaja berusia 16 tahun berdiri di atas sebuah kereta, cuba mengintai ke dalam runtuhan ketika sekumpulan lelaki menarik kaki yang tersembul untuk mengeluarkannya.
Pengaman PBB, kebanyakannya dari Brazil, cuba menyelamatkan mangsa yang masih hidup di celah runtuhan ibu pejabat setinggi lima tingkat itu, namun ketua pasukan, Alain Le Roy berkata, setakat malam tadi tiada sesiapa berjaya dikeluarkan.
Kira-kira 9,000 pengaman berada di Haiti sejak berlaku pemberontakan menggulingkan Presidennya pada 2004.
Istana Kebangsaan juga ranap, namun duta Haiti ke Mexico, Robert Manuel menyatakan Presiden Rene Preval dan isteri beliau terselamat. - AP

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tuesday, January 12, 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Gerhana Matahari

Monday, January 4, 2010

Selamat Menempuhi Alam Persekolahan 2010