Tuesday, March 15, 2011

Bagaimana Gempa Bumi Berlaku

Saturday, March 12, 2011

Terkuat dalam tempoh 140 tahun


GAMBAR dari udara menunjukkan gempa bumi di utara Jepun mengakibatkan tsunami berair kehitaman menyapu kawasan pertanian di Sendai semalam.


TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.

Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun.

Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.

Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan.

Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran


OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun semalam.


LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

Wednesday, March 2, 2011

Buang 1.8 juta tan sampah setahun


KUALA LUMPUR – Dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia atau purata 1.3 kilogram bagi setiap penduduk.

Sekiranya ia tidak dikutip dan diurus dengan baik, longgokan sampah berkenaan boleh memenuhi kawasan ibu negara yang mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dalam masa tiga hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Mohd. Zain Hassan berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang terdapat kemungkinan sampah yang dihasilkan meningkat dua kali ganda berikutan pertambahan penduduk.

“Saya menjangka jumlah sampah akan meningkat di antara 3 hingga 5 peratus setiap tahun dan cabaran terbesar adalah sikap kita terhadap penghasilan sampah secara mudah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber: Kosmo Online 2 Mac 2011