Wednesday, June 23, 2010

Gerhana Bulan separa Sabtu ini

Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang.

“Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam,” tambah kenyataan itu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

“ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2010

Kepada semua pelajar,
Cuti sekolah tiba lagi. Cuti kali ini 2 minggu bermula 5 Jun - 20 Jun 2010. Manfaat cuti dengan sebaik mungkin. Sila hadir kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Ulang kaji topik-topik yang telah dipelajar. Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM, peperiksaan semakin hampir. Manfaatkan cuti sekolah ini. Selamat Bercuti....